Pelakon Yatt Hamzah umum hamil anak keempat selepas disahkan berbadan dua di minggu terakhir Ramadan lalu.
Yatt mengambil keberkatan bulan Syawal untuk menggumumkan kehamilannya yang kini berusia 12 minggu.
Ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil itu meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan bayi.
“Sempena mengambil keberkatan Syawal, Bonda Ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat & followers. Bonda kini hamil anak ke - 4.
“Alhamdulilah minggu terakhir puasa baru sempat ke Klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih.
“Mohon doa semua agar Bonda yang lasak dan aktif menjaga 3 anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat & kuat ya.. Aameen Ya Rabb..Ok now Bonda nervous nak tambah 1 lagi ni.. Moga Allah permudahkan..,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juru video Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.