Tayangan episod ketiga One Cent Thief ternyata membuatkan ramai sakit hati dengan watak pemiutang iaitu Devan.

Episod tersebut menyaksikan Devan dan kuncu-kuncunya memerangkap Iman dan Abah.

Devan telah memaksa Iman untuk mendedahkan bagaimana cara mendapatkan sejumlah wang yang besar dalam masa begitu singkat.

Selain itu, Devan juga turut mengancam akan membunuh Abah sekiranya permintaannya tidak ditunaikan.

Iman dan Abah cuba untuk melarikan diri namun Devan dan kuncu-kuncunya mengekori mereka.

Situasi itu menyebabkan penonton meluahkan rasa geram dengan sikap tamak Devan yang seperti sengaja mencari fasal dengan Iman.

Disebabkan itu juga ramai yang menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton episod empat One Cent Thief.

Antara komen-komen geram penonton terhadap Devan di Twitter adalah:

“Episod 4 cepatlah, kesian ayah Iman tapi tetap cool bawa kereta laju-laju, excited dia!” coret seorang netizen.

“Episod 3 One Cent Thief ni kesianlah dekat Iman. Ah Long ni semak kacau hidup dorang lagi kenapa. Bagilah Iman tu tenang jiwaaaa,” tulis seorang lagi.

“Hutang dah bayar habis kan? Yang kacau Iman lagi tu kenapa Devan! Yihhhh!” marah seorang lagi netizen.

Di bank pula, Intan dan Ash mula menjejak setiap pergerakan dan aktiviti pada hari bank tersebut digodam.

Untuk rekod, One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.

Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

Saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.

Strim di Astro dengan Pek Premium 1 hanya RM99.90 (untuk 6 bulan). WhatsApp “Nak Astro” ke 03-95433838.

#AstroOriginals #OneCentThief #PekPremium1