Episod enam siri premium Astro Originals, One Cent Thief yang ditayangkan minggu lalu sehingga kini masih lagi mendapat respon luar biasa daripada penonton.

Pelbagai maklum balas dapat dilihat daripada komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial dan rata-rata menyebut tentang dua karakter iaitu Iman (Syafiq Kyle) dan Kadak (Amerul Affendi).

Penonton meluahkan rasa kesian melihat kehidupan Iman berubah daripada seorang pegawai bank biasa secara tiba-tiba terlibat dengan jenayah disebabkan hutang.

Manakala watak Kadak pula membuatkan penonton berasa tidak senang hati melihat perbuatan dan juga cara layanannya terhadap Iman.

Antara komen yang diberikan penonton untuk episod enam adalah:

“Aduh Kadak! Seriuslah?”

“Lain macam episod 6 One Cent Thief Ni”

“Makin lama makin intense! Geram betul lah Kadak ni! Kesiannya Iman,”

“Tolonglah aku dah obses dengan aone Cent Thief ni!”

Ingin tahu apa yang berlaku dalam episod tujuh One Cent Thief? Sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.

One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.

Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.

Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.

Strim hiburan dengan kualiti premium melalui Ultra Box, semua dalam Pek Premium 1. WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk tawaran hebat