gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Abby Abadi Enggan Panjangkan Isu Babitkan Keluarga, Harap Marissa Lalui Perkahwinan Dengan Tenang - “Dia Tetap Anak Saya”
HIBURAN
"Move On Cepat Atau Lambat Saya Serah Pada Allah" - Fattah Amin
ADVERTORIAL
Syafiq Kyle & Mimi Lana Bersinar, Peminat Mula Buat Teori - “Kenapa Semua Watak Jahat Bermata Hijau? Mesti Ada Simbolik Ni”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ops Luxury: Lesen Mati, Porsche Selebriti Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita

Gempak
Gempak
24/06/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Ops Luxury: Lesen Mati, Porsche Selebriti Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita
Sebuah kereta Porsche milik seorang selebriti wanita ialah antara 101 kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Luxury di seluruh negara sepanjang bulan ini.
Porsche itu disita di sebuah lokasi sekitar Lembah Klang selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans sudah tamat tempoh - antara kesalahan paling banyak direkodkan dalam operasi berkenaan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pelaksanaan Ops Luxury bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan mewah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.
"Dalam operasi itu, sebanyak 101 kenderaan mewah dikesan melakukan kesalahan. Ia termasuk jenis Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayman, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz.
"Antara kesalahan dikenal pasti ialah LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah.
"Selain itu, nombor pendaftaran tidak sepadan dengan sistem, nombor pendaftaran palsu serta 'trade plate' tiruan," katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam. Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, Ops Luxury turut mendedahkan kemungkinan terdapat kenderaan klon berdasarkan ketidakpadanan nombor casis serta penggunaan nombor pendaftaran palsu.
"Pasukan JPJ sedang menjalankan siasatan terperinci ke atas beberapa kenderaan disyaki ada kaitan dengan sindiket kenderaan klon. "Malah, kita tidak menolak kemungkinan kenderaan yang menggunakan 'trade plate' palsu juga terbabit," katanya.
Mengenai pemilik kenderaan mewah berkenaan pula, beliau mengesahkan sebahagiannya adalah individu kenamaan dan selebriti, namun identiti mereka tidak didedahkan atas dasar siasatan.
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, tidak kira siapa pun mereka. Lagi dikenali, lagi besar tanggungjawab mereka untuk menunjukkan contoh kepada masyarakat.
"Alasan seperti terlupa memperbaharui LKM, tidak boleh diterima. Kalau selepas disita, boleh pula segera bayar dan perbaharui... kenapa tidak dibuat lebih awal?" katanya sambil menjelaskan kebanyakan pemilik memberi alasan sedemikian tetapi hanya bertindak selepas kenderaan disita.
Aedy Fadly berkata, JPJ turut menerima aduan orang awam berhubung kenderaan didapati masih berada di jalan raya tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans sah.
"Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang ramai. JPJ akan terus melaksanakan Ops Luxury secara berkala demi memastikan integriti sistem pengangkutan negara kekal terpelihara," katanya.
Aedy Fadly berkata, kenderaan terbabit disita di seluruh negara dengan Kuala Lumpur dan Selangor mencatat jumlah tertinggi membabitkan masing-masing 17 kenderaan.
Ia diikuti Pulau Pinang (14), Perak (11), Johor (10), Kedah (sembilan), Pahang (lima), Melaka (lima), Negeri Sembilan (empat), Kelantan (tiga), Terengganu (dua), Sabah (dua), Perlis (satu) dan Sarawak (satu).
"Kesemua kenderaan berkenaan kini disimpan di depoh JPJ dan akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan berkaitan," katanya.
Beliau berkata, orang ramai digalak menyalurkan maklumat pelanggaran undang-undang melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau e-mel ke [email protected] dengan maklumat lengkap. - BERITA HARIAN
Topic Berkaitan
#Selebriti
#wanita
#Porsche
#Lesen
#Sita
#Ops Luxury
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement