Berita

“Orang Akan Sentiasa Cakap Baik & Buruk Tentang…”- Fasha Sandha Kongsi Cara Tangani Depresi

gempak
Syafiqah Jalal
05/11/2019
10:58 MYT
Sponsor Banner
“Orang Akan Sentiasa Cakap Baik & Buruk Tentang…”- Fasha Sandha Kongsi Cara Tangani Depresi
Pelakon Fasha Sandha berpendapat isu depresi semakin terbuka dikalangan masyrakat termasuk selebriti.
Bercakap mengenai isu tersebut kepada HLive, Fasha berkongsi caranya menangani masalah tersebut selepas melalui pelbagai cabaran dalam industri seni tanah air.
“Isu depresi ini menjadi semakin terbuka di kalangan ramai orang kerana ada yang sanggup membunuh diri dan sebagainya.
“Bagi saya senang sahaja, semua orang akan sentiasa bercakap baik dan buruk tentang diri kita. Cuma kita perlu mempunyai hati dan mental yang kuat.
“Jadi kalau ada boleh diabaikan seperti tidak sehingga mengaibkan diri dan keluarga kita tu, cuba untuk lepaskan.
“Tapi jika mereka cuba menjatuhkan diri dan keluarga kita kena lah kita lawan dan pertahankan,” katanya.
Fasha merupakan selebriti yang menapak dan aktif dalam industri seni tanah air sejak tahun 2002 hingga kini.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024