Penerbit Eksekutif dan Pengarah filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) Wan Hasliza Wan Zainuddin akui dia mengambil keputusan untuk membawa drama siri tersebut ke skala filem adalah untuk menjawab segala persoalan yang tercetus pada musim kedua Keluarga Iskandar.

Menurut Wan Hasliza, biarpun pada awal perancangan adalah untuk menghasilkan drama siri musim ketiga, namun dia tidak menyangka Keluarga Iskandar akan dibawa sehingga ke peringkat filem.

"Kami kalau boleh nak sambung drama untuk musim ketiga tapi benda itu tidak terjadi.

"Namun disebabkan ramai peminat yang asyik tanya siapakah Uda, jadi kita bawa persoalan itu ke filem untuk dijawab.

"Sebenarnya karakter Uda ni kita sudah dedahkan waktu musim pertama dan kedua.Tapi tak pernah tunjuk siapa Uda sebenarnya, hanya sebut menerusi dialog.

"Penonton hanya tahu dia adalah anak ketiga dan karakter dia sangat misteri," katanya.

Jelasnya, penonton kini berpeluang untuk menyaksikan siapa sebenarnya Uda menerusi KITM.

"Pada mereka yang mahu jawapan siapakah Uda haruslah tonton filem KITM.

"Oleh itu saya berharap kemunculan filem ini dapat mengubati rindu peminat serta menarik penonton baru yang sebelum ini tidak pernah menonton drama siri ini.” katanya.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

KINI MEREKA KEMBALI!! Dalam semua family Mak Jah ni, Gelagat siapa yang korang paling tak sabar nak tengok? . Nantikan Keluarga Iskandar The Movie Akan Datang 16 Julai ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz @klmotionpicturecompancy . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on