Beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar yang dituduh bermain kayu tiga.

Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

"Betina ni memang sondol laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana jantan yang solo baru mau up. Apa punya perangai," dakwa akaun berkenaan.




Dakwa akaun berkenaan, hubungan sulit Fara dan Shuk sejak setahun lalu kini diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Malah, menerusi paparan skrin yang turut disebarkan di Twitter, skandal Shuk didakwa telah mencipta akaun palsu @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar.

Dakwa @_sflia Shuk pernah menghamilkannya dan memaksa dia menggugurkan kandungan.

"Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah mengandungkan perempuan lain?




"Nak tengok bukti yang ada? Boleh je... Sampai paksa suami sumah cerai talak kalau bercontact lagi. Ingat tak tahu? Pura-puralah tak tahu Sera.

"Kita tunggu di akhirat kelak. Segala apa yang keluarga kau dah buat pada aku. Suami kau sendiri bawa aku pergi gugurkan anak.

"Masih nak menafikan walaupun sendiri meroyan dalam kereta tadi?" dakwa @_sflia yang turut kesal dengan perbuatannya menggugurkan anak dalam kandungannya.



Rossalennah turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan.

Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.

Gempak masih cuba menghubungi Shuk dan Rossalennah untuk kepastian lanjut.