Bahagian kedua video temubual usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri bersama pelakon Abby Abadi terus berkongsi luahan hati seorang ibu terhadap tindakan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

BERITA TRENDING: "Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah..." - Abby Abadi

Abby dalam video berkenaan tidak menyangka Marissa akan bertindak sehingga ke tahap sedemikian kerana percaya anak perempuannya itu bukan sebagaimana dirinya sekarang.

"Antara kesilapan yang anak saja buat jugalah, cuma saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat. Sebab anak saya bukan macam tu.

"Marissa tu anak saya yang saya hantar belajar tahfiz, anak saya hafal Al-Quran. Dia boleh tulis balik kat buku lain ayat Al-Quran tu," ujarnya.

Akui Abby, akibat daripada kontroversi yang tercetus, segala kesalahan diletakkan pada bahunya.

"Bila benda begini berlaku, orang meletakkan kesalahan pada saya sebab kata saya promote dia, tak ada.. tak ada...

"Saya tak terlalu memikirkan anak saya akan begini. Tidak. Sangat-sangat terkejut, tak sangka.

"Memanglah jodoh pertemuan itu takdir Allah, tapi pilihan atas kita, dengan doa boleh ubah takdir itu," tambahnya.

BERITA TRENDING: "Aslam Bukan Orang Yang Boleh Berpoligami, Dia Tak Berkemampuan" - Abby Abadi

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Kisah Marissa yang didakwa telah mengahwini lelaki yang dikenali sebagai Aslam mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

BERITA TRENDING: ​Nafi Dakwaan Marissa Terkena Buatan Orang, Netizen Puji Sikap Tenang Abby Abadi

Sehingga kini, Marissa masih berdiam diri daripada mengulas tentang khabar angin berkenaan dan meneruskan kerjayanya sebagai peragawati seperti sediakala.

Namun, terbaharu sebuah butik pakaian muslimah telah menggandingkan Marissa bersama Aslam untuk mempromosikan baju raya. Lebih panas apabila madu Marissa, Umisya Mazlan turut terbabit dalam kempen baju raya tersebut.