Penyanyi rap Caprice menempelak tindakan Pencetus Ummah (PU) Amin yang disifatkan seolah-olah cuba menyindir tindakan rakan industrinya yang juga ahli kumpulan K-Clique, MK berkaitan isu pemakaian barang kemas.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan individu tersebut sudah mengemukakan permohonan maaf.

"Seorang lagi PU tak berguna dari Malaysia. Orang tu sudah minta maaf guna ayat Langgar malam tadi tapi kau pergi up balik waktu solat Jumaat.

"Tahniahlah ustaz. Macam ni ke nak tarik anak muda yang tak sempurna macam kamu selepas dia sudah minta maaf?," tulisnya.

Caprice meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Caprice turut berkongsi paparan status yang dimuat PU Amin di Twitter.

You have officially joined the ranks of Abu and Aura 19. Memang x pernah ade dalam sejarah manusia berjaya lawan Allah. Kau bodoh ke ape? Tapi dalam sejarah Malaysia kita sudah ade Abu, Aura 19, dan kamu yang tak faham tentang Allah is the most merciful, the most FORGIVING. Salam jumaat ustaz.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on



Sebelum ini, MK dikritik selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dirinya memang sengaja 'langgar' hukum demi minatnya yang suka memakai barang kemas.

BACA: “Kita Masing-Masing Ada Buat Dosa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas

Bagaimanapun, MK kemudian dilaporkan sudah memohon maaf atas selepas menyedari keterlanjuran katanya itu.

Perkara itu turut dimuat naik Caprice dalam satu entri berasingan di Instagram miliknya.

Minta maaf kalau abg lambat... he is deeply sorry for his words. Kita tak boleh langgar hukum2 dalam Islam. Caprice sangat faham MK dgn dunia hip hop ni sebab caprice pernah melalui jalan yang sama.. cuma abg baru2 je cuci tangan tapi it took me 10 years baru caprice sendiri bukak rantai dan jam emas. Kami minta maaf dgn kekurangan, sebagai abg i will always be there for my brothers and will always do my best to advise and be there for them. God bless! K-Clique forever ? P.S- so sorry for the late post. MK have been busy and it took awhile before i could have this conversation with him.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Caprice antara artis yang cukup lantang dalam menyuarakan pandangan dan kritikan mengenai isu semasa yang berlaku dalam industri hiburan.