Selepas menimang cahaya mata kelima pada 17 Jun lalu, pelawak Johan Raja Lawak telah mengumumkan nama anaknya sebagai Nur Latifah Moleiq Hanania di program Meletop dua minggu lalu.
Johan dan isterinya Ozlynn Wati masih memberi keunikan kepada nama anaknya selepas anak keempatnya sebelum ini yang dinamakan dengan nama Chantiq.
Menjelaskan mengenai pemilihan nama tersebut, Ozlynn memberitahu nama tersebut diberikan sendiri oleh Johan.
“Pada mulanya kita mahu namakan anak kelima ini dengan ‘Cerdik’, tetapi menurut Johan bagi memudahkan saya untuk memanggil anak-anak dia beri nama Moleiq (molek).
“Yelah bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut ‘cantik, molek…’
"Anak-anak kami setiap nama tengah mereka haruslah ada huruf 'iq' dibelakangnya
“Apa-apa pun sudah tentu kita memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.
“Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.
“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi Allah,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengenai perkembangan terkini, Ozlynn memberitahu dia kini mahu menumpukan sepenuhnya menjaga bayinya yang masih kecil.
“Saya masih menyusukan Moleiq, jadi saya kini banyak meluangkan masa di rumah menjaga dan bersamanya.
“Jangan tanya mengenai perancangan anak seterusnya kerana saya rasa setakat ni, cukuplah dulu dengan lima orang anak,” katanya berseleroh.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Fri Aug 03 2018
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.