,
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

Izwan Isa
05/10/2022
06:50 MYT

Pelakon Ozlynn mendedahkan yang pada awalnya dia berasa sangsi untuk menerima tawaran daripada Syafiq Yusof bagi membintangi filem komedi aksi, Abang Long Fadil 3.

Bagaimanapun, menurut Ozlynn, dia akhirnya bersetuju untuk membawakan watak Ocy Lin selepas diyakinkan oleh pengarah, selain suaminya, Johan dan juga Datuk Yusof Haslam.
“Kalau nak ikutkan, ketika mereka tawarkan saya untuk berlakon dalam Abang Long Fadil 3, saya tidaklah terus bersetuju.
“Maklumlah, ketika itu saya masih dalam pantang, jadi nak fikir shooting dan dalam masa sama fikir anak… masa pun terhad.
“Tapi bila Syafiq dan Datuk Yusof yakinkan saya dan beritahu yang saya akan enjoy sepanjang proses penggambaran serta Johan pun menggalakkan, jadi saya terima,” katanya kepada Gempak.
Selain Zizan Razak dan Elizabeth Tan sebagai tunggak utama dan Datuk AC Mizal, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Maya Karin, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 telah mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Hiburan

Lama Simpan Niat Untuk Bertudung, Hati Ozlynn Lebih Yakin Selepas Tunai Haji - “Maknanya Itu Adalah ‘Final Call’ Daripada Allah”

gempak
28/07/2024
02:55 MYT
Penampilan terbaharu isteri kepada pelawak Johan iaitu Ozlynn Wati yang kini mengenakan hijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Laman Utama

[VIDEO] Kejutan Johan & Ozlynn Buat Anak Sulung Undang Rasa Sebak - “Selagi Ada Kita Hargailah Pinjaman Paling…”

gempak
10/05/2023
03:55 MYT
Sebak tengok mereka sekeluarga.
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

Netizen 'Geram' Tengok Anak Ozlynn, Kacak Macam Pelakon Korea! - "Suruhlah Jadi Model Ke, Penyanyi Ke, Pelakon Ke..."

gempak
20/10/2022
08:00 MYT
Ariq anak Johan Ozylnn