Pelakon Zahirah MacWilson akhirnya tampil menunjukkan sokongannya terhadap Palestin menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Zahirah, perkongsiannya itu agak lambat disebabkan tidak menggunakan media sosial sejak minggu lalu kerana berdepan dengan masalah kesihatan.

“Saya telah mengelak media sosial sejak minggu lalu untuk memberi tumpuan kepada rehat dan pemulihan untuk kesihatan saya sendiri; dan hanya keluar rumah jika saya ada kerja.

“Pada masa sama, membaca dan menyaksikan adegan ngeri yang berlaku di Palestin terlalu menyayat hati. Setelah beberapa malam mendengar cerita daripada suami dan dalam diam mendoakan perdamaian di Palestin… cukuplah.

“Apa yang berlaku sejak 1948 sehingga hari ini hanya boleh digambarkan sebagai tindakan jahat, tamak dan kempen pembunuhan beramai-ramai.

“Nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat daripada peperangan ini. Keluarga berantakan, ibu menangis untuk anak-anak mereka dan anak-anak dikorbankan,” kongsi Zahirah.

Bukan itu sahaja, Zahirah juga dilihat sudah memadam gambarnya bersama pelakon yang menyokong Israel iaitu Gal Gadot ketika menghadiri acara sebuah jenama antarabangsa di luar negara.

Rata-rata netizen memuji tindakan Zahirah yang akhirnya memadam gambar tersebut yang dianggap sensitif dalam keadan sekarang ini.

BACA SINI: Dijemput Ke Acara Pelancaran Butik Jenama Terkenal, Netizen Puji Zahirah MacWilson Lagi Cantik Daripada...