Advertorial

Padu & Laku, Tiga Selebriti Ini Angkat Barangan Tempatan Bak Pisang Goreng Panas!

gempak
Azwa Rahman
14/11/2019
03:37 MYT
Sponsor Banner
Padu & Laku, Tiga Selebriti Ini Angkat Barangan Tempatan Bak Pisang Goreng Panas!
Cabang perniagaan sememangnya menjadi pilihan masyarakat dan ia tidak terkecuali golongan selebriti.
Biar pun ada di antara mereka yang sibuk dengan jadual padat, menjual barangan tempatan menjadi salah satu punca rezeki yang sentiasa melimpah.
Tiga selebriti ini antara yang handal mempromosikan produk mereka. Makanan, tanaman mahupun produk kosmetik, anda patut cuba!
The Melvins – Kosmetik
Adik-beradik popular, Syatilla, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin ini kini sibuk dengan perniagaan kosmetik yang diberi nama Kekasih.
Produk lipstick Lip Matte daripada jenama Kekasih ini dijual pada harga mampu milik.
Dengan kualiti yang sama seperti jenama-jenama kosmetik import, produk The Melvins tidak mengandungi bahan beracun yang berbahaya pada kesihatan.
Ella – Tanaman cili
Ella dan suami, Azhar Ghazali kini bergelar peniaga cili apabila mengusahakan tanaman fertigasi cili membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar sejak dua tahun lalu.
Bertempat di Puncak Alam, setiap ladangnya mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencecah lima hingga enam inci.
Menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti, Ella turut menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian sekali fus mengurangkan penggunaan cili import.
Zain Saidin – Jenama kasut, Zapatos
Suami kepada selebriti popular Rozita Che Wan begitu menyerlah dengan jenama kasutnya sendiri, Zapatos by Zain Saidin.
Bergelar usahawan kasut sejak tahun 2016, Zapatos sesuai untuk lelaki yang mementingkan gaya dan keselesaan.
Boleh didapati secara dalam talian serta secara fizikal di butiknya di Subang Jaya, Zain merupakan antara selebriti yang sudah lama menyahut dan mengangkat kempen beli barangan tempatan.
Usaha selebriti-selebriti ini dalam mengetengahkan produk sendiri seharusnya disokong oleh semua golongan masyarakat.
Dengan adanya Kempen Beli Barangan Malaysia 2019, barangan buatan tempatan juga sama kualitinya dengan produk luar.
Selain meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan rakyat Malaysia, membeli barangan lokal ini juga dapat merangsang pertumbuhan ekonomi domestik sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Belilah barangan buatan tempatan, barang baik barang kita!
Kredit foto: Facebook, Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live