Laman Utama

Pak Lah Cecupak Perlu Bantuan Untuk Rawatan Kanser Usus & Komplikasi Penyakit Lain

gempak
Fiza Kamarudin
24/09/2020
12:43 MYT
Sponsor Banner
Pak Lah Cecupak Perlu Bantuan Untuk Rawatan Kanser Usus & Komplikasi Penyakit Lain
Pelawak senior Pak Lah Cecupak memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk menampung perbelanjaan merawat penyakit kanser usus yang dihidapinya.
Perkara tersebut turut dikongsi pelawak Wahid Senario yang memohon orang ramai agar dapat membantu Pak Lah yang sedang berada dalam kesulitan saat ini.
“Saya mohon sangat-sangat kepada sesiapa yang menonton video ini dapat membantu sahabat saya Pak Lah. Bantulah sahabat saya itu. Tak dapat RM10, RM5, dapat RM2 atau RM1 pun jadilah…Sebab kalau ramai-ramai salur sumbangan, Insya-Allah kita dapat membantu.
“Beliau pernah menghiburkan kita suatu ketika dulu dengan lawak jenaka beliau bersama Kumpulan Cecupak. Pada mereka yang sudi membantu dan mempunyai rezeki lebih harap boleh menolong Pak Lah dan keluarga beliau.
“Dermalah seikhlas hati kalian. Semoga usaha kecil kita semua ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita. Amin,” katanya.
Difahmkan selain kanser usus, Pak Lah atau Nor Affendi turut menghidap pelbagai penyakit kronik lain dan memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan rawatan di hospital.
Pak Lah yang juga anggota kumpulan pelawak popular era 90an itu kini tidak memiliki sebarang pendapatan kerana tidak bekerja, sementara isterinya juga seorang suri rumah.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan kewangan ke akaun CIMB bernombor 7626882694 menggunakan nama anaknya Nor Amalina Nor Affendi.
Menerusi info yang dikongsi Wahid juga, Pak Lah terpaksa menggunakan akaun anaknya kerana tidak memiliki akaun sendiri selepas diisytihar muflis.
Kumpulan Cecupak merupakan pelawak lagenda yang dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live