Laman Utama

Pakai Baju Kurung Dalam MV, Baby Shima Dituduh Permain Agama - “Ramai Jugalah Yang Tak Boleh Terima…”

gempak
Izwan Isa
09/11/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Pakai Baju Kurung Dalam MV, Baby Shima Dituduh Permain Agama - “Ramai Jugalah Yang Tak Boleh Terima…”
Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan netizen yang mempersoalkan penggunaan baju kurung yang digayakan dalam klip video Bang Jamal.
Menerusi komen di Youtube yang dikongsikan oleh Baby Shima, individu terbabit menuduh penyanyi yang juga popular di Indonesia itu sebagai mempermainkan agama.
“Kau saja mainkan agama ke apa pakai baju kurung dalam MV kau? Tunggu kau aku report,” tulis individu berkenaan.
Baby Shima menerusi kapsyen berkata, dia tidak sangka pemilihan pakaian tradisional Melayu itu menjadi pertikaian dan menimbulkan ketidakpuasan hati seseorang.
“Tak sangka seorang Baby Shima tak boleh pakai baju kurung. Ramai jugalah yang tak boleh terima sebab dalam MV lagu Bang Jamal ni Shima berbaju kurung.
“Katanya Shima permainkan agama. Ada yang komen dekat Youtube, ada yang DM Shima juga suruh Shima delete MV tu. Kalau tak dorang akan buat report,” luah Baby Shima.
Meninjau ruangan komen, rata-rata mempertikaikan kenyataan individu tersebut yang menuduh Baby Shima mempermainkan agama.
“Netizen ni dah kenapa ek? Shima pakai seksi kena, Shima pakai sopan kena. Korang nak apa sebenarnya? Sis marah ni sis marah.”
“Bodoh betul manusia macam ni. Pakai seksi salah, pakai baju kurung pun salah ke? Habis takkan nak suruh telanjang bogel baru suka? Bodoh tu simpan kat cucu cicit.”
“Netizen semua salah kalau Shima. Abaikan je Shima.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024