Gaya Hidup

Pakai Bengkung Boleh Kurus? Ini Penjelasan Dr Say Shazril

gempak
Kamaruddin Razal
23/08/2020
13:09 MYT
Sponsor Banner
Pakai Bengkung Boleh Kurus? Ini Penjelasan Dr Say Shazril
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril merungkai pertanyaan peminatnya yang mempunyai kemusykilan mengenai pemakaian bengkung.
Berkongsi informasi di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, Dr. Say bercerita mengenai topik penggunaan bengkung dengan harapan untuk kurus.
"Topik : “Doc, Okay Tak Pakai Bengkung?”
"Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, NAK PAKAI OKAY TAPI TAK ADA FUNCTION SEKIRANYA PAKAI DENGAN HARAPAN UNTUK KURUS.
"Eh kenapa pulak doc? Saya tengok Sujut dan Shushi pakai slim je?”. Well, Sujut dan Shushi slim sebab depa jaga pemakanan dan buat senaman maka slim lah mereka.
"Saya bagi contoh kalau saya post story hari-hari saya pergi workout dan makan sihat-sihat lepas tu saya buat SATU POST transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Fat Burner Mencairkan Badan Kebapakan Saya”, korang rasa korang beli tak fat burner tu?
"Saya gerenti 100% korang beli. Padahal story saya hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end korang ambil yang SATU POST tu je. Kita dah di train untuk cari SHORTCUT walhal yang longcut tu kita tapis buang," tulis Dr. Say.
Tambah pemilik nama penuh Muhammad Shazril Shaharuddin ini, bengkung hanyalah berfungsi untuk menyorok lebihan lemak pada badan anda.
"Jadi apa yang okaynya pakai bengkung ni doc?”. Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ada function nak pakai kebaya ke, dress ke, ITU SAHAJA. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakailah 24 jam pun takkan nampak hasilnya.
"Dah tu macam mana doc?”. Korang tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni EAT HEALTHILY, EXERCISE REGULARLY & THINK POSITIVELY.
"Jadi peeps daripada korang bazir duit beli bengkung tu apa kata korang beli sayur-sayuran & buah-buahan segarkan lebih bagus.
"There is no shortcut in losing weight. Oh ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, TAK ADA FUNCTION JUGA.
"Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka tak payah berbelit-belit kat pagar macam mummy.
"P/S : Ini tali pinggang untuk jaga lower back semasa heavy lifting, bukan untuk jadi kerengga," tulisnya lagi.
Topik : “Doc, Okay Tak Pakai Bekung?” . Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, NAK PAKAI OKAY TAPI TAKDE FUNCTION SEKIRANYA PAKAI DENGAN HARAPAN UNTUK KURUS. “Eh kenape pulak doc? Sy tengok Sujut & Shushi pakai slim je?”. Well Sujut & Shushi slim sebab depa jaga pemakanan & buat senaman maka slim lah mereka. Sy bagi contoh kalau sy post story hari2 sy gi workout & makan sihat2 pastu sy buat SATU POST transformation dari badan bapak2 jadi badan adik2 dengan topik “Fat Burner Mencairkan Badan Kebapakan Saya” korang rasa korang beli tak fat burner tu? . Sy gerenti 100% korang beli. Padahal story sy hari2 dah menunjukkan kegigihan sy tapi in the end korang amik yg SATU POST tu je. Kita dah di train untuk cari SHORTCUT walhal yg longcut tu kita tapis buang. “Jadi ape yg okaynye pakai bekung ni doc?”. Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ade function nak pakai kebaya ke, dress ke ITU SAHAJA. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakai la 24jam pun takkan nampak hasilnya. . “Dah tu macam mana doc?”. Korang tau dah jawapannya cuma macam sy cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni EAT HEALTHILY, EXERCISE REGULARLY & THINK POSITIVELY. Jadi peeps daripada korang bazir duit beli bekung tu apa kata korang beli sayur2an & buah2an segar kan lebih bagus. There is no shortcut in losing weight. Owh ini juga termasuk pakai bekung lepas bersalin untuk slimming, TAKDE FUNCTION JUGA. Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka takyah berbelit2 kat pagar macam mummy. . P/S : Ini tali pinggang untuk jaga lower back semasa heavy lifting, bukan untuk jadi kerengga.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Say bersetuju dengan informasi yang diberikan serta memohon orang ramai tidak terkeliru dengan penggunaan bengkung untuk kurus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live