,
Berita

Pakar Nasihat Beli Telefon Bimbit & Perabot Baharu Bukan Tindakan Bijak Penerima I Sinar

Maliah Surip
10/01/2021
22:50 MYT
Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ahmad Syakir Junoh, menasihatkan penerima I Sinar agar mengurus kewangan sebaik mungkin ketika pandemik COVID-19 mencatatkan penambahan kes di negara ini.
Ahmad Syakir dalam satu temubual bersama Awani semalam berkata, perbelanjaan barangan keperluan perlu diberi perhatian ketika ini berbanding kehendak.
"Ketika ini adalah tidak digalakkan memikirkan hal-hal kehendak, seperti tukar telefon bimbit, perabot baru kecuali mereka yang dilanda banjir. Hal-hal itu perlu dilihat semula, saya pasti pencarum dan mereka dapat I-Sinar adalah mereka golongan berkeluarga dan anak ramai.
"Tahun 2021 ada perbelanjaan pembukaan persekolahan, jadi pendidikan ini tidak boleh dikompromi dan perlu diutamakan. Aspek kesihatan juga perlu diutamakan, manakala pembelian emas bukan lagi satu pilihan," katanya.
Tambahnya lagi, masyarakat perlu memastikan terdapat sekurang-kurangnya 10 peratus simpanan daripada hasil kewangan mereka setiap bulan. Ini kerana jelas Ahmad Syakir, bagi memastikan kewangan cukup untuk menghadapi situasi sukar pada masa akan datang.
"Duit I-Sinar ini satu bentuk duit tidak akan perolehi kali kedua dan sebagainya, dengan memenuhi hasrat kerajaan melangsungkan hidup dan sebagainya. Pencarum perlu membezakan keperluan dan kehendak, membuat perancangan berapa diperolehi dan kemana nak dibelanjakan serta apakah bentuk perbelanjaan boleh diguna pakai," katanya lagi.
Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember 2020.
Ia melibatkan pengeluaran diluluskan sebanyak RM19.2 bilion dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.
Kredit Foto: pn bbc Portal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

gempak
09/10/2024
03:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
Viral

Sedih Baca Kes Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Cikgu Debbie Titip Kata Nasihat- “Jangan Mudah Putus Asa..”

gempak
03/10/2024
18:55 MYT
Pencipta konten, Debbie Soh Kim Lian atau lebih dikenali sebagai Cikgu Debbie meluahkan rasa terkilan susulan berita pemergian pelajar 13 tahun yang dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat 8 bangunan sekolah.
Hiburan

Aktor Impi Trofi Oscar, Kak Ogy Nasihat Perbaiki Lakonan - "Impian Itu Percuma, Tapi Kenalah Belajar Jangan Main Asal Boleh Saja"

gempak
02/10/2024
14:55 MYT
Pelakon veteran terkenal, Fauziah Ahmad Daud menasihati mana-mana pelakon yang bercita-cita tinggi untuk memenangi trofi Anugerah Akademi Hollywood atau lebih dikenali sebagai Oscar agar terlebih dahulu belajar menjiwai watak dalam sesebuah karya.
Hiburan

“Kenapa Nak Kena Tanggung Biawak Hidup?” - Madammu Nasihat Isteri Jangan 'Back Up' Suami Pemalas

gempak
22/09/2024
07:55 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu menasihatkan kaum wanita dan para isteri supaya tidak menanggung suami yang pemalas.
Berita

Telefon Bimbit Tiada Kaitan Dengan Kanser Otak - Kajian

gempak
05/09/2024
13:55 MYT
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
BorakSeeni