Berita baik buat semua peminat filem bertaraf dunia, anda kini boleh menyaksikan Anugerah Akademi ke-94 (Oscars 2022) secara langsung pagi ini.

Buat pelanggan Astro yang melanggan ‘Movies Pack’ boleh menyaksikan Oscars 2022 bermula jam jam 6.30 pagi untuk sesi karpet merah dan pada jam 8 pagi untuk anugerah.

Semuanya ditayangkan secara eksklusif di Astro melalui SHOWCASE MOVIES (Saluran 413)atau strim melalui Astro GO.

Pelanggan juga boleh menikmati siaran ulangan pada hari yang sama pada jam 7.30 malam untuk sesi karpet merah dan pada 9 malam untuk anugerah melalui SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) atau strim di Astro GO.

Untuk rekod, Oscars merupakan antara anugerah paling berprestij dalam industri filem dan pada tahun ini akan dihoskan oleh Regina Hall dan Amy Schumer, pelakon-pelakon Amerika, bersama Wanda Sykes, pelawak Amerika secara langsung dari Teater Dolby di Hollywood, Los Angeles, California.

Selain itu bagi anda yang mahu menonton filem yang bertanding tahun ini, anda boleh saksikan beberapa karya tercalon di beberapa platform disediakan.

Pelanggan Astro boleh strim filem-filem yang dicalonkan di Oscars 2022 termasuk:

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)