Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarah filem profilik Chiu Keng Guan kerana berjaya menambat hati penonton di China menerusi filem berjudul, On Your Mark.

Lebih manis lagi, filem yang mengangkat tema semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak ini berjaya menduduki tangga nombor satu filem paling laris pada hari pertama tayangan di negara tersebut.

Mungkin ada yang tidak tahu, Chiu Keng Guan merupakan pengarah filem hebat berjudul Ola Bola dan The Journey.

Kedua-duanya bukan sahaja mendapat kutipan pecah panggung tetapi juga menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

On Your Mark yang membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu ini telah pun ditayangkan bermula semalam, 18 Jun 2021.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)