Berita
“Paling Membahagiakan, Allah Telah Menemukan Jodoh Dunia Akhirat”- Fattah Amin
Aktor Fattah Amin rasa bertuah kerana tahun 2017 telah memberikan banyak rezeki dan berpeluang mengukir pelbagai momen indah, termasuk kehadiran Fazura dalam hidupnya.
Fattah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu Fazura perkara paling membahagiakannya untuk tahun 2017.
Pelakon Coffee Prince itu bersyukur kerana dipertemukan dengan Fazura dan menganggap ia jodoh terbaik dunia akhiratnya.
Menerusi tulisannya sempena tahun baru, Fattah memuji isterinya seorang wanita yang ayu namun berani, wanita yang anggun namun bersahaja, wanita yang lemah lembut namun cekal.
Selain itu, Fattah turut berbangga kerana dia telah mencapai banyak kejayaan dalam kerjayanya pada 2017 termasuk menggunguli beberapa anugerah di Anugerah Meletop, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Buku Negara.
Akhir sekali, Fattah turut berharap agar kehidupannya serta kerjayanya lebih berjaya pada tahun 2018.
Must-Watch Video