Personaliti media sosial Sofyank membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat berikutan sebuah kandungan videonya memaparkan aksi yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Menerusi laman sosial Twitter, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 25, memuat naik permohonan maaf tersebut untuk tatapan umum.

“Korang, untuk content baru saya pasal pancake tu, saya minta maaf sekiranya content itu tak sesuai dan agak mengarut dan mungkin boleh jadi ikutan kanak-kanak.

“InsyaAllah lepas ni saya akan perbaiki lagi flow storyline dan alert untuk hal mcm ni, thank you so much for all of your support,” tulis Sofyank.

Menerusi perkongsian video berdurasi 30 saat itu, Sofyank melakukan tutorial memasak pankek dengan cara menyalut tangannya dengan tepung saduran dan meletakkan tangan tersebut di atas dapur elektrik.Malah, anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu juga turut berkongsi sebuah teguran daripada pengikutnya tentang aksi berbahaya yang dipamerkan dalam video tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikut memuji sikap Sofyank yang menerima teguran dan mahu memperbaiki isi kandungannya demi tontonan segenap lapisan umur peminat.

Aku baru tgok pian, iye la pian, itu kalau ada budak yang lurus, ada dia buat betul-betul tu. Hahahaha. Tapi nice video pian. Kita sebagai dewasa ni, nampak la konten tu menarik,” komen seorang wargamaya.

“Alhamdulillah. Orang yang menerima baik teguran tentu mudah maju ke hadapan, InsyaAllah. Takpe.. Lepas ni mungkin boleh letak notis, macam awak letak notis untuk jump scare tu,” puji seorang wargamaya.

Aku suka hang sebab hang pandang komen netizen secara positif dan lansung tak nampak ego dan berlagak walaupun level hang dah tinggi. Salute bro!” tulis seorang wargamaya.

“Mungkin boleh letak disclaimer alert "jangan tiru aksi ini di rumah" kut. Nonetheless content bro tak pernah mengecewakan! Always support,” cadang seorang wargamaya.

Video dah ok, benda macam ni jadi tugas mak ayah untuk pantau ataupun explain dekat anak,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 80,000 tontonan daripada wargamaya.