Berita

"Panas Macam Dalam Ketuhar, Peluh Meleleh 24 Jam" - Isteri Da'i Farhan Sifatkan Lokap Bagai Neraka Dunia

gempak
ZULHILMI JALIL
10/03/2020
04:15 MYT
Sponsor Banner
"Panas Macam Dalam Ketuhar, Peluh Meleleh 24 Jam" - Isteri Da'i Farhan Sifatkan Lokap Bagai Neraka Dunia
Isteri pendakwah bebas, Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi menyifatkan pengalamannya yang terpaksa tidur di dalam lokap seperti berada dalam neraka dunia.
Menurut Norainul atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin, suasana di dalam lokap menjadi gambaran kepada kehidupan di akhirat kelak.
"Dalam lokap Allah tunjukkan neraka dunia. Perasaan dalam tu umpama kita tengah menunggu dosa-dosa kita dihisab diberi hukuman.
"Panas macam dalam ketuhar peluh meleleh 24 jam. Tak ada angin, tak tahu siang atau malam. Bagi yang tak tahu malu, 24 jam berbogel sebab panas dan makan minum berak kencing semua dalam tu je. Jadi tak ada perasaan malu dah.
"Betul lah cerita bila di padang mashyar, semua orang tak kisah bab orang lain dah. Kira diri sendiri je semua orang bogel pun tak ada masa nak tengok dan fikir sebab takut dengan dosa sendiri je masa tu.
"Samalah dalam lokap tu, menunggu bila nama kita akan dipanggil untuk dikeluarkan dari neraka dunia tu untuk dibawa ke syurga (balik rumah)," coretnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Begitupun, katanya pengalaman tidur di dalam lokap itu menjadikan dirinya lebih takut untuk membuat dosa.
"Ya Allah dengan pengalaman ni agar aku lebih takut membuat dosa padaMu dan agar aku tidak ada perasaan dendam dan marah pada manusia-manusia yang menghina, membenci dan memfitnah aku sampai ke tahap ni.
"Moga aku lebih banyak bersabar dan beramal di dunia ni supaya aku tak lama menunggu di neraka yang sebenar nanti. Moga Allah hapuskan dosa-dosaku dan gantikan dengan pahala orang-orang yang sabar," luahnya.
Sebelum ini, Dr. Erin didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal.
BACA: Isteri Pemenang Program Da'i Ditahan
Dia kemudian terpaksa tidur dua malam di dalam lokap ketika ditahan reman sebelum diikat jamin.
BACA: "Walaupun 2 Malam Dalam Lokap Saya Berasa Nikmat..." Isteri Dai Farhan Kongsi Pengalaman Makan Nasi Kosong, Ikan Jaket
Bagaimanapun, difahamkan, Dr. Erin dan suami kini sedang bercuti di Switzerland sebelum sebutan semula kes pada 3 April depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live