Viral

Panik Diserang Kucing Garang, Tuan Rumah Panggil Polis!

Muhammad Izzat
05/06/2017
13:01 MYT
Seorang lelaki di Singapura terpaksa menghubungi polis untuk menghalau seekor kucing berwarna hitam yang agresif di dalam rumahnya.
Kucing hitam itu dikatakan secara tiba-tiba muncul di dalam rumah lelaki tersebut sedangkan tingkap dan pintu semuanya tertutup rapat. Kejadian yang berlaku minggu lalu telah dikongsi pengguna laman sosial Facebook (FB) bernama Harris Abu Bakar dan telah mendapat perhatian ramai.
Ketika kejadian, dia cuba menghalau kucing tersebut tetapi gagal kerana ia terlalu garang dan agresif serta cuba untuk mencakarnya.
Dia yang tidak mahu mencederakan atau membunuh haiwan itu telah menghubungi pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bagi mendapatkan bantuan.
“Saya tidak tahu ilmu hitam apa yang membolehkan kucing hitam ini masuk ke rumah sebab semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.
“Selama dua jam saya cuba menghalau kucing ini keluar tetapi ia sangat agresif, berbunyi dengan kuat dan cuba mencakar saya,” katanya kepada New Straits Times.
Pihak berkuasa yang kemudian tiba di rumahnya berjaya menghalau kucing itu yang terus menghilangkan diri.
Sehingga kini, Harris masih lagi buntu dan tidak tahu bagaimana haiwan tersebut boleh berada di dalam rumahnya.
Kredit : FB Harris Abu Bakar Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.