Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.
Menjengah ke episod ketiga, pengembaraan bulan madu mereka diteruskan ke sebuah destinasi cantik di negeri Pahang iaitu Sungai Lembing.
Kerap mengusik isterinya yang semenangnya gayat apabila sampai di sebuah jambatab gantung, jeritan dan aksi takut Uqasha sangat mencuit hati.
Bersiaran selama 30 minit, nampaknya peminat tak berpuas hati dengan tayangan yang singkat ini.
Di laman sosial Twitter, rata-rata peminat mahukan edisi Kamal dan Uqasha ini dipanjangkan memandangkan is bersiaran sekali seminggu.
Viral
“Panjangkan Sikit Laaaaa!” - Gaduh, Drama, Suka.. Peminat Tak Puas The House Kamal & Uqasha Tayang Setengah Jam