Laman Utama

“Pantang Ke Tak?”- Baru 7 Hari Bersalin, Ain Edruce Ditegur Keluar Berseluar

gempak
Syafiqah Jalal
25/05/2021
09:02 MYT
Sponsor Banner
“Pantang Ke Tak?”- Baru 7 Hari Bersalin, Ain Edruce Ditegur Keluar Berseluar
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce ditegur oleh netizen gara-gara memakai seluar ketika baru sahaja melahirkan cahaya mata pertamanya seminggu yang lalu.
Ain yang difahamkan keluar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas diri dan bayinya itu memuat naik sekeping fotonya di Instagram (IG) memakai seluar hitam dan berkemeja disamping menyorong kereta bayi.
“Dah ada baby dah kita. Thank you semua yang wish Ain.. Tak sempat nak balas semua. Love you guys!,” tulisnya dalam kapsyen.
Entri tersebut mendapat perhatian dan pelbagai reaksi dari pengikut serta warga maya yang rata-rata hampir tidak percaya Ain baru sahaja bersalin selepas melihat dari gayanya itu.
Malah menegur Ain memakai seluar kerana bimbang masih belum sembuh dari luka bersalin.
“Eh dah boleh jenjalan ye? Pantang ke tak..?” persoal salah seorang netizen.
“Dah pakai seluar...isk2,” tegur salah seorang warga maya.
“Bukan masih dalam pantang lagi ke tuu? Orang tua selagi tak habis pantang, selagi tu tal bagi keluar,” nasihat salah seorang warga net.
Pun begitu, ramai juga pengikutnya yang cuba membidas teguran netizen-netizen itu.
“Dan bermula lah tipikal makcik-makcik komen dalam pantang tak boleh keluar, dalam pantang wajib pakai kain batik. It’s 2021 dah guys,” kata salah seorang pengikutnya.
“Takkan tunggu habis pantang baru pegi checkup.. bukan checkup baby je.. checkup mak sekali cek luka bersalin ok ke tak,” komen salah seorang netizen.
Ain melahirkan bayi perempuanya secara normal pada 19 Mei lalu di sebuah hospital swasta.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live