,
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Malaysia Raih Pingat Pertama

Gempak
01/09/2024
21:39 MYT
Kontinjen Malaysia berjaya menuai pingat pertama temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 apabila atlet olahraga negara, Eddy Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France.
Atlet dari Sabah yang berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan11.58 saat (s).
Lebih manis, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.
Dalam pada itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s, Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lepas berakhir 8 Sept ini.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Cheah Liek Hou Rancang Guna Insentif RM1 Juta Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik - "Tiga Tahun Lepas Saya Sudah ..."

gempak
12/09/2024
09:50 MYT
Atlet berusia 36 tahun berkata selain mahu membantu mereka yang memerlukan beliau juga akan menyumbang sebahagian daripada hadiah kemenangan itu untuk membantu bekas atlet yang kurang bernasib baik.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Bonnie Pecah Rekod Dunia, Sumbang Emas Kedua Negara

gempak
06/09/2024
12:36 MYT
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
Berita

Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi Pelumba Terbaik Asia

gempak
05/09/2024
03:15 MYT
Pelumba berbasikal lebuh raya para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menamatkan saingan di tangga kelima daripada 10 pelumba dalam acara ujian masa individu lelaki C1 (kecacatan fizikal) Sukan Paralimpik Paris 2024 pada Rabu.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Sukan

Ziyad Hadiahkan Malaysia Perak Dari Paralimpik Paris 2024 - “Lega Rasanya Kerana Detik Tersebut Memang Menghantui Saya Sejak…”

gempak
04/09/2024
00:25 MYT
Hasrat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk merampas kembali pingat emas lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian.