Filem terbitan Korea Selatan, Parasite memenangi filem terbaik Anugerah Academy ke-92 (Oscars).

Kemenangan itu sekali gus mengalahkan lapan filem lain iaitu 1917, The Irishman, Jojo Rabbit, Joker, Little Women, Marriage Story, Once Upon A Time... In Hollywood dan Ford v Ferrari.

Parasite turut memenangi beberapa kategori lain iaitu Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Original Terbaik.

"Saya terkedu. Tak pernah kami membayangkan perkara ini terjadi dan kami sangat gembira," kata penerbit Parasite, Kawan Sin Ae ketika ucapan.

Parasite ditayangkan pada Mei 2019 dan dibarisi pelakon seperti Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong dan Choi Woo-shik.

Bagi yang belum menonton, anda boleh melanggan Parasite di Astro First On Demand di www.watchod.com.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang Oscars 2020:

Filem Terbaik: Parasite

Pelakon Wanita Terbaik: Rene Zellweger (Judy)

Pelakon Lelaki Terbaik: Joaquin Phoenix (Joker)

Pengarah Terbaik: Bong Joon-ho (Parasite)

Muzik Original Terbaik: (I'm Gonna) Love Me Again (Rocketman)

Skor Muzik Terbaik: Joker

Filem Antarabangsa Terbaik: Parasite (Korea Selatan)

Solekan & Tatagaya Terbaik: Bombshell

Kesan Khas Terbaik: 1917

Suntingan Filem Terbaik: Ford v Ferrari

Sinematografi Terbaik: Roger Deakins (1917)

Suntingan Bunyi Terbaik: Ford v Ferrari

Adunan Bunyi Terbaik: 1917

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Laura Dern (Marriage Story)

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: Learning to Skateboard in a Warzone (If You're a Girl)

Filem Dokumentari Terbaik: American Factory

Rekaan Kostum Terbaik: Jacqueline Durran (Little Women)

Rekaan Produksi Terbaik: Once Upon A Time... In Hollywood

Filem Pendek Live-Action Terbaik: The Neighbors' Window

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Taika Waititi (Jojo Rabbit)

Lakon Layar Terbaik: Bong Joon-ho (Parasite)

Filem Pendek Animasi Terbaik: Hair Love

FIlem Animasi Terbaik: Toy Story 4

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Brad Pitt (Once Upon A Time... In Hollywood)