gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Wajah & Nama Buat Netizen Keliru Mengenai Agama Josiah Hogan - “Saya Selalu Dapat Soalan…”
HIBURAN
Timbul Dakwaan Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Nora Danish - “Tiada Langsung Ura-Ura Rujuk Cuma…”
VIRAL
Netizen Mula Curiga Kisah ‘Housemate Pocong’, Hairan Tiada Ahli Keluarga Mangsa Munculkan Diri - “Update Gambar Kubur…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HOLLYWOOD

Parasite Tiru Filem Tamil? Penerbit Nak Saman & Minta Pampasan ... "Mereka Ambil Plot Filem Saya!"

gempak
Amri Hassan
15/02/2020
23:21 MYT
Sponsor Banner
Parasite Tiru Filem Tamil? Penerbit Nak Saman & Minta Pampasan ... "Mereka Ambil Plot Filem Saya!"
Penerbit filem Tamil berjudul Minsara Kanna, PL Thenappan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit filem Parasite kerana meniru karya asalnya.
BACA: Saksikan Parasite, Pemenang Filem Terbaik Oscars Di Astro GO Sekarang!
Kata Thenappan, filem Parasite dilihat sebagai satu versi rip-off filem Tamil terbabit.
"Saya akan memfailkan kes dengan bantuan seorang peguam antarabangsa. Mereka telah mengambil plot filem saya," kata Thenappan.
Tambah Thenappan lagi, pihaknya akan menuntut pampasan daripada pengeluar Parasite kerana mengambil idea daripada filemnya.
Parasite yang diarahkan oleh Bong Joon-ho mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa asing pertama memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscars, selain turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik.
Filem Minsara Kanna, terbitan tahun 1999 dibintangi pelakon Tamil popular, Vijay.
Susulan kemenangan Parasite di Oscar, peminat Vijay meluahkan kekesalan selain mendakwa adanya persamaan filem itu dengan filem lakonan bintang kesayangan mereka.
Sementara itu, Pengarah Minsara Kanna, S. Ravikumar pula menyifatkan satu kebanggaan baginya apabila kontroversi itu membawa perhatian terhadap filemnya.
Dia bagaimanapun tidak berniat mengambil apa-apa tindakan.
"Saya gembira kerana filem itu menerima anugerah Oscar, walaupun ia (Minsara Kanna) hanya sebagai inspirasi.
"Tetapi untuk menyaman, itu terserah kepada penerbit," kata Ravikumar, seperti yang dipetik portal The News Minute.
Minsara Kanna, mengisahkan tentang Kaasi (lakonan Vijay) memasuki rumah seorang wanita kaya sebagai pemandu dan membawa ahli keluarganya, seorang demi seorang untuk bekerja di rumah tersebut dengan motif tersembunyi.
Sumber: The News Minute, Times of India
Topic Berkaitan
#Filem
#Filem
#Parasite
#Minsara Kanna
Must-Watch Video