Skip to main content

Hollywood

Paris Hilton Bakal Keluarkan Produk Kecantikan

befunky-collage_28.jpg
Selepas Rihanna, Kylie Jenner, Kim Kardashian yang muncul dengan perniagaan produk kecantikan sendiri, kini Paris Hilton mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah mereka.

Demi perasaan cinta terhadap kecantikan, selebriti terkenal ini menyimpan hasrat untuk mengeluarkan produknya sendiri iaitu Paris Hilton Skincare.

"Saya telah mencuba produk ini selama dua tahun sebelum dijual kepada umum. Semua itu demi memastikan pengguna dapat merasai perubahan dengan menggunakannya.

"Paris Hilton Skincare ini memberi fokus kepada perawatan kulit khususnya mengurangkan kedut dan serta garis-garis halus di wajah," katanya kepada Majalah People.

Paris Hilton merupakan seorang wanita yang sangat mementingkan kesihatan kulitnya supaya kelihatan lebih anjal serta cantik walaupun sudah berusia 37 tahun.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Majalah People

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video