Laman Utama

Paris Hilton Dedah Pernah Diculik, Kemuka Testimoni Di Mahkamah

gempak
Asraf Aided
04/03/2021
06:13 MYT
Sponsor Banner
Paris Hilton Dedah Pernah Diculik, Kemuka Testimoni Di Mahkamah
Selebriti popular Hollywood, Paris Hilton mengemukakan testimoni di mahkamah mengenai isu pernah didera ketika belajar di Sekolah Provo Canyon suatu ketika dahulu.
Memetik laporan Celebrity Insider, Paris mengemukakan isu tersebut kerana mahu menamatkan perbuatan dera di sekolah pemulihan di negara tersebut.
"Saya pernah didera dan saya bercakap mewakili ribuan kanak-kanak di pusat penjagaan seluruh Amerika, untuk 20 tahun lalu, saya sering diburu mimpi buruk selepas diculik oleh dua orang yang tidak dikenali.
"Saya dibogelkan dan dikunci dalam sebuah fasiliti, saya harap ia sekadar mimpi buruk, tetapi tidak," katanya.
Tambah Paris, dia didera secara lisan, mental dan fizikal setiap hari ketika itu.
"Saya didera secara mental, lisan dan fizikal setiap hari, saya terputus hubungan dengan dunia luar dan hak asasi manusia saya ditarik," katanya lagi.
Justeru, Paris mencadangkan sekolah itu ditutup disebabkan hal demikian yang bukan sahaja menimpa dirinya, malah ramai lagi pelajar lain.
Diafahamkan, pihak mahkamah sudah memproses usul tersebut dan Paris berterima kasih kepada mahkamah kerana memberi sokongan terhadapnya.
Kredit Foto: NY Daily News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live