Meskipun penyanyi popular Dayang Nurfaizah sibuk dengan komitmennya sebagai juri Big Stage 2020 namun sempat meluangkan masa bagi meraikan ulang tahun hari jadi anak saudaranya, Yaya yang ke-10.

Dayang telah memilih McDonald’s (McD) Mutiara Damansara untuk realisaikannya pada 8 Ogos lalu.

Menurut Dayang, parti hari jadi itu berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang.



“Yaya memang telah lama berhasrat untuk mengadakan parti hari jadinya di McD. Jadi saya terus merancang dengan ahli keluarga dan kawan-kawan Yaya untuk menganjurkan surprise party untuk dia. Walaupun kini sibuk dengan program reality Big Stage 2020, saya amat bersyukur kerana segala perancangan dan makanan disediakan oleh pihak McD. Amat mudah!” Kata Dayang

Jadi bagi mereka yang sibuk tetapi dalam masa yang sama ingin menyambut hari jadi anak, keluarga dan sahabat handai, Parties@McD adalah pilihan yang tepat kerana ia amat memudahkan.



“Saya sangat berpuas hati dengan pakej Parties@McD kerana ia lengkap dengan set hidangan makanan dan minuman, hadiah percuma serta aktiviti yang menghiburkan bersama ruang khas disediakan.” Kata Dayang.

Selain ahli keluarga dan teman rapat Yaya, turut hadir bersama di dalam majlis itu adalah penyanyi Hael Husaini, ditemani anak kesayangannya… memang parti ni happening giler!!!!


Ketika ditemui, Dayang berasa sangat tenang kerana parti hari jadi itu dijalankan dengan SOP yang dikeluarkan oleh KKM. Setiap tetamu yang hadir perlu melalui saringan suhu badan dan perlu mencuci tangan menggunakan sanitizer yang disediakan. Malah ketika aktiviti serta parti dijalankan setiap tetamu perlu berjaga-jaga dengan penjarakan fizikal. Tidak lupa juga, sebelum memulakan parti, meja dan kerusi serta bilik telah dibersihkan dengan alat pembasmi kuman oleh kru McD.

Jangan bimbang jika anda masih ragu-ragu untuk mengadakan sambutan hari jadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini kerana McD akan pastikan segalanya bersih dan selamat.

Malah setiap pelanggan atau tetamu yang datang perlu mengimbas QR Code McD untuk melakukan ‘check-in’ menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendaftarkan diri tanpa mengisinya secara manual.


Bukan sahaja makanan dan ruang yang selesa dengan dekorasi, kru McD juga akan bersama menjayakan aktiviti dan permainan menghiburkan untuk kanak-kanak. Bukan itu sahaja, banyak aksesori parti serta hadiah percuma disediakan. Semuanya hanya serendah RM200 guys!


Tidak cukup dengan itu, pihak McD juga boleh membantu anda untuk menjayakan pelbagai tema kerana kru mereka akan mendekorasinya mengikut permintaan anda. Bagaimanapun penambahan barang untuk dekorasi perlu ditanggung oleh pelanggan.

Apa tunggu lagi? Rancang parti hari jadi anda atau gathering bersama orang tersayang hanya di Parties@McD. Maklumat lanjut layari www.mcdonalds.com.my/parties