Berita
"Pasal Tulah Orang Fikir Aku Tak Rapat Dengan Keluarga" - Fynn Jamal Akui Media Sosial Hanya Tempat Untuk....
Penyanyi Fynn Jamal mengakui bahawa media sosial hanyalah sebagai satu tempat eskapisme (hayalan untuk lari dari dunia nyata) buat dirinya sahaja.
Menurut Fynn, pendekatannya itu secara tidak langsung membuatkan ada pihak yang menyalah tafsir hubungannya dengan ahli keluarga lain apabila jarang melihat gambar mereka di platform media sosialnya.
"Aku ni kalau tengah berborak ke, keluarga datang ke, kawan bertandang ke, telefon memang hilang. Aku tak peduli.
"Itu yang susah nak nampak ada orang lain di Instagram ni. Ada, tapi jarang sangat, itupun kalau teringat.
"Agaknya pasal itulah orang fikir aku tak rapat dengan abah kot, atau adik-beradik atau keluarga aku sebab jarang nampak. hahaah. Apa bendelah," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Kata Fynn lagi, atas sebab itu jugalah, rata-rata gambar anak dan suaminya juga sering dalam keadaan diri mereka sedang tidur di Instagram.
"Siapa perasan aku suka ambik gambar suami atau anak-anak waktu tidur? Dari dulu lagi. Cuma sekarang dah tak berapa upload sebab suami pernah cakap agaknya orang fikir dia kerja tidur sahaja di rumah sebab aku asyik kongsi gambar dia tido.
"Dah waktu tidur atau bersendirian tanpa aktiviti sahaja pegang telefon, ambil gambarlah," jelasnya.
Pada masa sama, Fynn akui masyarakat sekarang ada yang menjadikan media sosial sebagai satu hal yang realiti.
Lebih membimbangkan apabila ada yang cuba menilai kehidupan seseorang berdasarkan apa yang dipaparkan di media sosial sahaja.
"Media sosial dah jadi realiti kot untuk sesetengah orang. Macam perlu sangat pembuktian dengan apa kita upload, apa kita follow, apa kita check in.
"Online presence tidak sepenting being present. Orang depan mata biar dia betul-betuk depan mata. Jangan ada skrin di antara mata kita dengan mata dia. Bercakap dengan orang melalui mata dia untuk sampai ke hati dia," katanya.
"Lepastu, bila tengok kehidupan orang hambar je macam media sosialnya, kita putuskan nak kesiankan dia sebab tak nampak kerana kalau gembira, kaya, berjaya kena tunjuk, baru nak percaya," luahnya.
Fynn mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Instagram.
Must-Watch Video