Berita
Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis
Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial.
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Sebuah rakaman video turut menunjukkan 'gadis CCTV' itu ditemu bual dan dia cuba menjelaskan bapanya mahu memantau segala aktiviti dan pergerakannya.
Dia turut berbangga kerana sentiasa 'dijaga' bapanya walaupun berada di luar rumah.
“Bapa saya seperti 'pengawal keselamatan' untuk saya yang akan sentiasa memerhati dalam apa jua keadaan,” ujarnya.
Menurutnya, Karachi merupakan lokasi yang agak panas buat wanita selepas seorang mangsa dilaporkan dibunuh kejam.
“Ibu bapa saya beri idea inovatif ini bagi mengelakkan kejadian sama menimpa saya,” jelasnya lagi.
Klip temu bual itu turut dikongsi di platform X dengan kapsyen 'keselamatan tahap luar biasa' dan ia telah meraih hampir 17,000 tontonan serta mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Must-Watch Video