Bakal pengantin yang menjalani sesi penggambaran pre-wedding dan menjadi punca kebakaran di Bukit Teletubbies, Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia tampil membuat permohonan maaf.
Bakal pengantin lelaki menyatakan permohonan maaf secara langsung kepada individu penting Tengger, Ketua Dukun Parisada Sutomo dan tiga ketua kampung yang mewakili enam kampung pada Jumaat lalu.
“Kami dan rakan-rakan, dan sudah tentu mewakili abang Andrie yang kini dalam tahanan polis, ingin menyatakan permohonan maaf yang tidak terhingga.
“Kami tujukan permohonan maaf ini kepada seluruh masyarakat adat Tengger, kepada tokoh adat Tengger, kepada tokoh masyarakat Tengger, kepada kerajaan wilayah Tengger.
“Dan tidak lupa, permohonan maaf ini kami sampaikan kepada Presiden dan Wakil Presiden Republik Indonesia, kepada seluruh jajaran menteri dan kabinet.
“Dan kepada Pemerintah Provinsi Jawa Timur, kepada Pemerintah Daerah khususnya Probolinggo dan Pasuruan, serta seluruh lapisan masyarakat di Indonesia,” ujarnya seperti laporan Kompas TV.
Katanya, dia tidak berniat sedikit pun untuk menyalakan api ketika penggambaran yang dilakukannya.
“Berkaitan dengan bencana yang berlaku iaitu kemalangan kebakaran di lokasi Bukit Teletubbies Bromo yang tentunya kita tidak mahu atau tidak berniat sedikit pun,” katanya.
Lelaki itu menambah, selepas kebakaran marak, dia dan kumpulannya berusaha mendapatkan air mineral daripada kereta berkenaan untuk memadamkan kebakaran.
"Sudah tentu kejadian ini tidak disengajakan. Dan ketika kejadian, kita juga melakukan usaha untuk memadamkannya dengan mengambil air mineral dalam botol.
"Dan disebabkan keterbatasan kami, dan keadaan angin agak kuat pada waktu itu serta rumput kering, jadi kami tidak dapat memadamkannya," tambah lelaki itu lagi.
Sumber: Kompas TV
BACA: Sebab ‘Percikan Api’ Pre-Wedding, Gunung Bromo Sudah 6 Hari Terbakar
Izwan Isa
Sun Sep 17 2023
Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri
Seorang ibu tergamak meracuni anak tirinya yang berusia 11 tahun dengan kopi sachet yang dicampur dengan racun tikus.
Fendy Tidak Lagi Anggota Caliph Buskers - “Pengunduran Bukan Atas Kerelaan Saya…”
Fendy bukan lagi anggota Caliph Buskers.
“Keputusan SPM 2023 Diumum Pada 27 Mei Ini” – KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Dikatakan Bermulut Lancang, Ajai Respon - “Takkan Nak Bagi Komen Tak Jujur, Yang Tak Sedap Kata Sedap”
Ajai jujur dalam beri komen.
Lantang Kritik Buku Puisi '4 Baris' Daiyan Trisha, Ini Yang Terjadi Kepada Wanita Ini!
Seorang wanita telah bertindak lantang mengkritik buku puisi hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha.
"Trend Pakaian Pengantin Wanita Islam Mencolok Mata Bercanggah Agama" - Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.
Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!
Umisya Mazlan dan Marissa Dania tak berkawan tak bermusuh.
Saixse Berjaga-Jaga Terima Hadiah Makanan Daripada Peminat, Akui Masih Terima Mesej Pelik - "Kalau Rasa Ada Tak Kena..."
Saixse tetap jalani kehidupan seperti biasa.
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.