Saban tahun, soal balik kampung sebelah suami atau isteri barangkali menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Dan secara realitinya, giliran pulang ke kampung halaman mungkin menjadi ‘masalah’ buat pasangan suami isteri, lebih-lebih lagi jika masing-masing masih mempunyai ibu bapa sanak saudara.

Balik asing

Namun, lain pula kisahnya dengan sepasang suami isteri ini. Menerusi platform NGL yang dikongsikan oleh pengguna platform X, seorang lelaki mendedahkan yang sepanjang mendirikan rumah tangga selama lima tahun, mereka sentiasa pulang ke kampung halaman masing-masing secara berasingan.

Katanya, aturan seperti itu akan berterusan selagi kedua ibu bapa si suami dan isteri masih hidup, memandangkan kedua-duanya merupakan anak sulung keluarga.



“Mein, I (M35) dan wife (F36) masuk this year dah lima tahun raya asing-asing. Dia balik kampung dia, I balik kampug I.

“Both of us happy, takda gaduh-gaduh. Arrangement ni ongoing selagi both sets of parents still alive sebab kita both anak sulung. Contohilah kita,” tulisnya.

Plot twist

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mengandaikan yang kampung pasangan tersebut terletak sebelah menyebelah.



Tidak kurang, ada juga yang mendakwa ibu dan bapanya sentiasa beraya asing dan pertama kali merasai kemeriahan beraya bersama ketika wabak COVID-19 melanda dunia beberapa tahun lalu.



Sumber: Platform X
Foto: Bidadari, Pa&Ma

ARTIKEL BERKAITAN: Lovenya Lagu Balik Raya! Indah Ruhaila, Wani Kayrie & Nadeera Buat Rindu Kampung Halaman

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Kereta Tampil Cantik Raya Nanti? Tak Payah Belanja Mewah, Boleh Sendiri Di Rumah!