Anggota kumpulan The Gadys, Thamiera Cahn tampil dengan video lip-sync lagu Cintaku Sampai ke Ethiopia nyanyiannya yang tular baru-baru ini.

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok miliknya, Thamiera yang juga anak buah penyanyi, Stacy Anam itu selamba melakukan video lipsync lagu tersebut seolah tidak peduli dengan kecaman hebat yang telah diterima sebelum ini.
@thamieraa

jangankan gunung fujiyama! korang sambungg ?

♬ original sound - Gempak
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen ada juga netizen yang memuji nyanyian kumpulan penyanyi wanita tersebut.

“Kenapa aku dengar sedap je eh.

“Asal aku rasa suara dia ni sedap je.

“Telinga aku je ke rasa sedap je dia nyanyi okay lah tu kelainan

“Aku telinga rosakk ke asal aku rasa sedap je suaranya,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, kumpulan penyanyi wanita tersebut teruk dikecam netizen berikutan hasil vokal persembahan mereka dikatakan kurang memuaskan.

Video nyanyian mereka itu turut mendapat perhatian komposer lama, Julfekar yang sempat meluahkan rasa kecewa dengan mutu peresembahan kumpulan tersebut.

Sekadar info, selain Thamiera, kumpulan The Gadys turut dianggotai oleh Aznie Azmi, Ayunie Rizal.

Artikel Berkaitan: The Gadys Teruskan Belajar Vokal, Elak Baca Komen Negatif Media Sosial - "Kami Bukan Hanya Menyanyi,…

Artikel Berkaitan: “Meleleh Taik Telinga, Macam Ni Pun Boleh Lepas”- Persembahan The Gadys Tarik Perhatian…