Penyanyi dan pelakon Awie, tidak terkejut dengan tindakan terbaru isterinya, Rozana Misbun yang mahu mengemukakan saman kerana mendakwa 'patah hidung' akibat dipukul olehnya.
Bagaimanapun Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meminta isterinya itu supaya berhenti berbohong.
"Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.
“Tak usahlah berbohong, saya juga berdoa supaya tanah akan terima dia seadanya. Saya tidak akan layan perkara-perkara begini.
“Saya ingatkan selepas kes baru-baru ini selesai, tiada lagi perkara berbangkit. Saya ikhlas memohon maaf dan dia juga telah menerima permohonan maaf itu ketika di mahkamah.
"Tetapi rupanya masih ada lagi perasaan tidak puas hati terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016 pada Khamis.
Tambah Awie lagi, Rozana juga sengaja mencetuskan isu yang terbaru ini untuk memusnahkan nama baik serta membunuh kariernya.
“Saya tidak pernah memburuk-burukkan dia kepada media atau laman sosial sebelum ini. Tetapi dia yang memulakan semuanya.
“Saya hanya jawab apabila disoal media, itu pun saya tapis dahulu sebelum bercakap,” ujarnya.
Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.
Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu.
Bagaimanapun Rozana berhasrat mengemukakan saman malu terhadap Awie kerana mengaibkannya dengan pelbagai fitnah melalui pihak media.
Ahmad Shah
Fri Mar 11 2016
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl
"Kenapa Kena Gaduh, Berlumba Buka Aib Sama Sendiri?" - Thalia Baiduri Pesan Wanita Jaga Darjat, Jangan Dibutakan Cinta
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri berpesan buat semua wanita agar menjaga darjat dan nilai diri masing-masing serta jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.
Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Hargai Peminat Hadiahkan Kereta Proton X70, Niat Murni ChocoAlbab Bahagiakan Orang Ramai Bermula Dengan Sekecil Usaha
Ada banyak cara untuk menghargai peminat setia
Netizen Titip Doa Buat Irma Hasmie - “Wanita Yang Menjaga Aib Suami, Semoga Kuat & Dipertemukan Kebahagiaan Sejati”
Netizen puji Irma jaga aib bekas suami.
Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.