Berita
"Patutlah Ada Vibes Hujan" - Netizen Teruja Dengar Lagu Tribute Sentiasa Di Sini Dapat Sentuhan Noh Salleh, AG Coco
Lagu tribute Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khusus buat rakyat Malaysia yang sama-sama berjuang dalam berdepan pandemik Covid-19 terus mendapat respons positif dalam kalangan pendengar.
Bahkan, rata-rata memuji lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu kedengaran seperti rentak dalam lagu-lagu band popular Hujan.
Mana tidaknya, karya tersebut sememangnya mendapat sentuhan dua orang ahli kumpulan tersebut iaitu Noh Salleh dan AG Coco selaku penulis lirik dan komposer.
"Patutlah ada vibes Hujan, sebuah lagu lagi yang boleh dinyanyikan bersama-sama daripada Noh Salleh dan Ag Coco!
"Aku dengar nama Noh dengan AG Coco ada dalam pembikinan lagu ni terus like dulu baru tengok sebab dah tahu mesti power punya!
"Boleh dah ni masukkan dalam album Pelangi Dan Kau.
"Vibes Hujan, Fuhh terbaik!," komen sebahagian netizen.
Sehingga kini, lagu tersebut sudah mencatatkan 3 juta tontonan sejak diterbitkan pada 15 April lalu.
Sentiasa Di Sini merupakan sebuah lagu tribute yang menampilkan 26 artis tempatan.
Jadi, jom sama-sama kita layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video