Penyanyi Suhaimi Saad tampil mendedahkan akaun Facebook rasminya telah disekat selama sebulan sejak Februari lalu.

Baru mendapat semula akaunnya beberapa hari lepas, kata Suhaimi sebelum itu menerusi sesi siaran langsung di Instagram, akaun terbabit tidak boleh diakses secara tiba-tiba.

"Ramai yang tanya saya kenapa sudah lama tak aktif di Facebook. Sebenarnya akaun itu telah disekat dan tidak boleh digunakan untuk membuat sebarang posting.

"Saya cuma boleh log in namun tidak boleh buat apa-apa pun. Sekadar mampu meninjau, balas komen pun tak boleh.

"Ya lah, mungkin ada pihak tak suka sebab saya banyak membangkang," katanya dalam sesi siaran langsung Instagram minggu lalu.

Akaun Facebooknya kini sudah boleh diakses sejak semalam dan Suhaimi telah mengemaskini beberapa posting di akaun tersebut.

"Facebook block SS 30 hari, sebab tulah tak nampak. Rindu eh?" demikian antara kiriman posting di Facebook Suhaimi.



Meninjau akaun terkini Facebook milik Suhaimi, hanya yang tinggal beberapa posting terbaharu yang mula dikemas kininya sejak semalam.

Difahamkan, posting terdahulu termasuk foto dan videonya telah dipadamkan dari akaun terbabit.

Selain itu, dedah Suhaimi, akaun Facebooknya pernah hampir digodam oleh pengguna yang berpangkalan di Sandakan, Sabah.

"Ada cubaan hacked akaun Facebook saya juga dari Sandakan. Terkejut saya," ujarnya.

Namun, bekas anggota kumpulan nasyin InTeam itu enggan mendedahkan identiti penggodam berkenaan.

Sepanjang akaun Facebooknya disekat, Suhaimi menjalakan promosi perniagaan yang dijalankan menerusi Instagram dan status aplikasi WhatsApp.

Kiriman terkini Suhaimi dialu-alukan oleh peminatnya yang rindu melihat telatahnya di Facebook.