Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Filem yang sepatutnya dirilis pada tahun 2020 namun tertunda kerana pandemik ini mendapat sambutan cukup luar biasa dalam kalangan penggemar yang telah mengenali watak mahkluk berwarna kuning ini dari siri filem Despicable Me.

Ramai yang datang ke pawagam untuk menonton filem tersebut termasuk fanatik yang dikenali sedang mengikut trend Gentleminions.

Mereka hadir secara beramai ramai dengan memakai sut dan berkaca mata hitam.

Namun beberapa pawagam di Amerika Syarikat mula melarang kumpulan Gentleminions untuk menonton filem tersebut kerana perlakuan kurang sopan dan tidak beradab, lapor BBC.

Selain membuat bising, mereka juga membaling makanan dan hal sedemikian menyebabkan penonton lain yang hadir berasa terganggu.

Ada yang meminta wang dikembalikan, sementara beberapa pawagam juga mengalami kerugian kerana tidak ada penonton mahu hadir kerana bimbang dengan kumpulan Gentleminions.

Salah seorang pengurus pawagam memberitahu media tersebut pihak mereka berasa kecewa dengan tindakan tidak bermoral golongan muda tersebut.

“Ada dalam kalangan penonton yang tidak mahu datang semula, mahu wang dikembalikan dan pulang sebelum filem bermula. Tentu perkara ini membuat kanak kanak kecewa,” katanya sambil menegaskan pawagam mengalami impak nesar dari segi kewangan.

Meski banyak pawagam mula melarang kumpulan yang disifatkan membuat vandalisme itu menonton, aksi tak senonoh Gentleminions menjadi kebanggaan golongan muda tersebut dan trending di platform TikTok.

Mereka kelihatan merekod pergerakan datang secara beramai ramai, masuk dan membuat kacau yang disifatkan sebagai ‘sebuah kemenangan’ selepas menunggu lima tahun untuk menonton Minions di pawagam.