Laman Utama

Pawagam Sedia Kembali Beroperasi, Hanya Penerima Vaksinasi Lengkap Dibenarkan Masuk

gempak
Awani
05/09/2021
10:50 MYT
Sponsor Banner
Pawagam Sedia Kembali Beroperasi, Hanya Penerima Vaksinasi Lengkap Dibenarkan Masuk
Selepas lama ditutup, pengusaha panggung wayang bersedia untuk kembali beroperasi, namun dengan syarat hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.
Menurut beliau, walaupun sudah lama tidak beroperasi, namun pengurusan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan kakitangan yang akan melayan pelanggan nanti juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap.
“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi.
“Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.
Tambah beliau, banyak negara sudah mula membenarkan pawagam beroperasi namun di Malaysia, keadaannya berbeza malah panggung wayang adalah yang pertama ditutup namun terakhir dibenarkan beroperasi semula.
Jelasnya lagi, setakat ini tiada kluster dari pawagam dan pembukaan semula pastinya memberi manfaat kepada lebih 20,000 kakitangan dalam industri tersebut.
“Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun sekarang.
“Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana kami ingin memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
“Saya juga ingin menekankan bahawa, kita adalah salah satu industri yang mempunyai SOP yang paling ketat,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024