Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia mempersembahkan kolaborasi perdana Zizan Razak bersama Elizabeth Tan menerusi runut bunyi filem Abang Long Fadil 3 yang berjudul Payung.
Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, single Payung merupakan antara projek terbesar mereka pada tahun ini kerana ia melibatkan tiga organisasi besar industri hiburan.
“Kolaborasi bagi lagu Payung merupakan antara projek terbesar kami tahun ini kerana ia melibatkan tiga organisasi besar industri hiburan tanah air iaitu Rocketfuel Entertainment, Warner Music Malaysia dan Skop Production serta disokong oleh Astro Shaw.
“Kami percaya lagu ini akan menjadi trending memandangkan jenama Abang Long Fadil cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia di samping kekuatan yang ada pada garapan melodinya,” ujar Feros.
Di samping itu, pihak Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama Astro Shaw dan radio Era telah mengadakan peraduan Mencari Zizan Era sejak 12 Julai 2022 lalu.
Menerusi peraduan tersebut, empat pemenang bertuah dipilih dan berpeluang muncul pada sesi penggambaran muzik video Payung.
Penonton juga boleh ikut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Izwan Isa
Thu Sep 01 2022


Lah, Rupanya Awkwafina Pernah Menetap Di Kuala Lumpur? Ini Kisahnya…
Rupanya Awkwafina pernah duduk sini...

Video Bruce Springsteen Jatuh Tangga Sewaktu Konsert Ditonton 7.4 Juta Kali
Lebih 7 juta views ya!

Proses Persiapan Buku Penuh Air Mata, Puteri Sarah ‘Spill The Tea’ Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam ‘Terus Melangkah’ - “Menceritakan Sisi Lain Yang Tak Pernah…”
Sarah kongsi kisah peribadi dalam buku pertamanya.

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Tahniah Polis Evo 3 boh!

Jamal Abdillah Lega Dapat Saman PRISM – “Lagu Dimainkan Di Radio Tapi Tiada Royalti”
Artis tak dapat royalti?

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”
Suka tengok Tok Jalal dengan Roy.

“Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral
Ada sebab kenapa baju Aina unik-unik.

#PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’
Memang girl crush lah Farali ni. Cantiknya.

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni
Dapat notis 24 jam.

“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Memang tak sabar!