Pemegang watak utama filem Polis Evo 3, Zizan Razak gagal menahan emosi sehingga menjatuhkan air mata ketika memberikan ucapan pada sesi jelajah filem pecah panggung berkenaan yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Menerusi sepotong video, Zizan dilihat meluahkan rasa terharu dan sayangnya terhadap Shaheizy Sam, yang juga pemegang watak utama dalam naskhah arahan Syafiq Yusof itu.

BACA: #PE3: Kemah Boh! Polis Evo Dahului Kutipan RM41.3 Juta Dalam Masa 12 Hari... Siri Jelajah Pun Meriah Dengan Peminat

“Ini orang yang saya sayang (sambil menunjuk ke arah Sam). Tanpa dia, takda Khai takda Sani. Sedar tak sedar kita orang bersahabat lapan tahun dah sama-sama.

“Kalau takda dia, takkan jadi Polis Evo,” ujar Zizan sambil menitiskan air mata.

@astrogempak Agak-agak kenapa Zizan nangis ni guya? Alahai… click link untuk berita lanjut. #PolisEvo3 #PE3 ♬ original sound - Gempak

Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesatkan air matanya.

Selain Zizan dan Sam, filem Polis Evo 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

BACA: #PE3: 'Bawa Balik' Inspektor Sani & Khai Dengan Korang! Figurine Polis Evo 3 Kini Dijual, Cuma 100 Unit

Setakat ini, Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM41.3 juta.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 8, 9, 10, 11 Jun di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.