Watak Reza lakonan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam filem Polis Evo 3 yang masih ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam karakter ‘villain’.

Reza merupakan seorang penjahat yang juga bekas anggota polis mahu membalas dendam selepas kematian isteri yang sedang mengandung anaknya ketika dia sedang bertugas.

Meskipun watak Reza menunjukkan dia seorang yang penuh emosi dan kejahatan, namun karakternya itu sangat berbeza dengan diri sebenar Sharnaaz.

Menerusi perkongsian video di Instagram rasmi Astro Shaw memperlihatkan diri sebenar Sharnaaz adalah seorang yang sangat penyayang terutama melibatkan anak lelakinya, Jebat Jayden.

“Jangan nangis-nangis ya… sos saja tumpah atas bantal. Baba nak tengok muka, bukan tengok langit. Senyum dulu tunjuk gigi. Tak mau menangis okay,” kata Sharnaaz memujuk anak kesayangannya ketika membuat panggilan video.

Selain terhibur melihat video itu, rata-rata netizen turut membandingkan personaliti Sharnaaz dengan watak Reza dalam filem aksi komedi terhebat itu sangat berlawanan.

“Aku tak tahu kenapa aku pula yang nak senyum nampak gigi.

“Reza in real life mat (emoji love).

“Dalam filem lelaki 'Alpha', dalam 'real life' lelaki 'Sigma’,” komen beberapa netizen.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures yang mendapat arahan daripada pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: #PE3 : Kutipan Cecah RM45 Juta! Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2

ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Sanggup Turunkan 12Kg, Sharnaaz Ahmad Terpaksa Bermain Dengan Emosi Dalam Polis Evo 3

Malah, boleh dikatakan semua penonton yang menonton filem lakonan duo hebat Zizan Razak, Shahiezy Sam dan watak ‘villain’ lakonan Sharnaaz berpuas hati sehingga berulang kali pergi ke panggung untuk menyaksikan filem ini.

Bukan itu sahaja, penonton juga memuji garapan luar biasa filem Polis Evo 3 yang turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 10, 11 di Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)