Laman Utama

Pecah Rekod Paralimpik! Jaguh Powerlifting Negara, Bonnie Bunyau Raih Emas Pertama!

gempak
Hanafis Haris
28/08/2021
07:02 MYT
Sponsor Banner
Pecah Rekod Paralimpik! Jaguh Powerlifting Negara, Bonnie Bunyau Raih Emas Pertama!

Berita gembira buat kontinjen Malaysia apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bonnie memenangi acara berkenaan dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, sebentar tadi.

Difahamkan, atlet berusia 22 tahun dari Sarawak itu dilihat sebagai pencabar utama pingat untuk acara berkenaan selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

Sementara itu, dalam acara sukan berasingan, trio berbasikal trek negara menamatkan saingan di tempat kelima bagi acara pecut berpasukan kategori C1-C5 750 meter, hari ini.

Trio yang dibaris Muhammad Hafiz Jamali, Mohammad Yusof Hafizi, dan Zuhairie Ahmad Tarmizi melakukan catatan masa 50.532 saat mengatasi wakil Amerika Syarikat yang di berada di tempat keenam.

Pingat emas menjadi milik Great Britain dengan catatan rekod dunia 47.579s sementara China meraih perak, Sepanyol menamatkan saingan dengan pingat gangsa.

Sumber : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024