Gara-gara menerima gangguan seksual hingga merapatkan muka ke peha anak perempuannya, seorang bapa tidak dapat menahan sabar lalu mengamuk.
Video berdurasi 2.20 minit memaparkan insiden penuh tegang itu tular hingga menimbulkan kekecohan di media sosial.
Malah, luahan lelaki tersebut mengenai nasib anak di Facebook juga tular sejak semalam.
Menurut lelaki berkenaan, perkara mencurigakan itu mula disedari selepas isterinya mengadu melihat perubahan anak perempuan mereka.
“Dia tidur dari balik sekolah sampai ke sudah. Malam tu aku suruh bini aku jumpa anak perempuan aku ni, tanya dia apa dah jadi.
“Sembang punya sembang, bini aku cakap driver sekolah ni memang dah melebih-lebih. Anak aku takut nak bagitau dekat aku katanya.
“Aku panggil anak aku, aku suruh cerita. Menangis-nangis dia cerita. Katanya dia orang pertama yang driver ni ambik pukul 6.20 pagi. Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan.
“First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.
“Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.
Jelasnya, segala kisah berkenaan membuatkan dia bertambah marah dan bertindak untuk berjumpa sendiri dengan pemandu tersebut.
“Aku dengar, menggelegak darah ni. Malam tu jugak aku call seorang lagi driver ni yang kenalkan driver ni ke kitorang.
“Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni.
“Aku dah tak kisah siapapun dia. Ni untuk pengajaran. Entah berapa ramai agaknya dah jadi mangsa dia tapi tu lah, budak-budak kecik yang tanpa pendedahan hal seksual ni, memang tak akan berani bagitau mak ayah.
“Diorang jadi konfius. Mak ayah percaya ke dia? Ke benda ni kecik sangat untuk dia bagitau? Part ni penting bila tiada pendedahan. Kesian ke anak.
“Anak aku ni memang hari-hari aku suruh mak dia ingatkan dia pasal sentuhan, pasal seksual bagai ni, supaya dia alert dan berani nak bagitau.
“Sesiapa je sentuh tempat-tempat sulit, meraba-raba badan dia, tak kisah abang dia ke pakcik dia ke cikgu dia ustaz sekolah dia ke atuk dia ke, dia kena bagitau,” katanya.
Tambahnya, mungkin sesetengah orang akan mempertikai tindakannya memukul individu berkenaan.
“Ya memang salah. Ni biasalah, anak dia tak kena cabul lagi kan. Aku pukul tak melebih pun, lebih pada peringatan pada dia.
“Niat aku memang untuk pengajaran dia dan untuk buka mata pada semua ibu bapak luar sana, kalau bukan kita yang pertahankan anak-anak kita, siapa lagi anak kita nak berharap?
“Apalah sangat kena denda, kena tahan, jika nak bandingkan dengan trauma yang anak aku akan hadap. Maruah anak aku lagi. Sekurang-kurangnya anak aku tahu, aku bapak dia yang tetap akan ada pertahankan dia kalau ada orang cuba-cuba ambil kesempatan pada dia,” katanya.
Difahamkan, laporan polis sudah pun dibuat berhubung kes gangguan seksual berkenaan.
Anda boleh lihat posting penuh lelaki tersebut di bawah.
Sementara itu, polis semalam menahan seorang pemandu bas sekolah pada Rabu selepas disyaki mencabul seorang murid perempuan berusia 11 tahun, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada jam 2 petang di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, di sini.
"Polis menahan lelaki terbabit selepas laporan dibuat seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, hari ini (Rabu).
"Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017," katanya.
Hanafis Haris
Thu Mar 31 2022

.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!