Laman Utama

Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Pelajar 17 Tahun

gempak
Gempak
18/12/2023
03:05 MYT
Sponsor Banner
Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Pelajar 17 Tahun
Pegawai kanan polis yang terlibat dalam insiden kematian seorang pelajar 17 tahun akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati, Meru, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh.
Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memakai pakaian yang digunakan pada hari kejadian iaitu kemeja T yang berwarna puteh dan berseluar hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

BERITA TRENDING: Bapa Zaharif Belum Jamah Makanan Sejak Anak Meninggal Dunia - "Dia Tak Mampu Nak Suap..."

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, pegawai berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, antara jam 12.05 tengah hari hingga jam 12.40 tengah hari, 15 Disember lalu. AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live