Viral

Peguam Rakyat Ahmad Zaharil Di ICU, Anak Rayu Sokongan & Doa - "Saya Ingin Mohon ..."

gempak
Amri Hassan
04/01/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Peguam Rakyat Ahmad Zaharil Di ICU, Anak Rayu Sokongan & Doa - "Saya Ingin Mohon ..."
Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon doa orang ramai untuk kesihatan bapanya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menerusi platform TikTok, Eva Zarina berkongsi perkembangan terkini keadaan bapanya sambil meminta ruang untuk fokus sepenuhnya pada rawatan.
"Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau.
"Kepada para klien yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua," tulisnya di ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: Tak Peduli Dikecam, Peguam Popular Datuk Zaharil Muhaiyar Terus Bela Nasib Mangsa Teraniaya - "Saya Tak Nak Mati Nanti Disoal Kenapa Tak ..."

BERITA TRENDING: ‘Abang Bas’ Sebak Selepas Dibebaskan, Peguam ‘Pencil Box’ Hadir Ke Mahkamah Bantu Proses Pembayaran Wang Jaminan RM40,000

BERITA TRENDING: Peguam Jenayah Popular Mahu Buka Semula Kes Amirul Nashriq, Penuntut UPNM Yang Belum Terbela

Datuk Ahmad Zaharil dikenali ramai sebagai 'peguam rakyat' kerana keprihatinannya membela golongan kurang bernasib baik.
Beliau pernah tular di media sosial apabila kisahnya membantu seorang wanita susah yang dituduh mencuri kotak pensil demi anaknya menjadi perhatian.
Di media sosial, Ahmad Zaharil sering berkongsi nasihat guaman secara santai, yang disampaikan dengan penuh mesra, menjadikannya seorang figura yang dihormati dalam masyarakat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024