Mengejutkan apabila sebuah portal berita hari ini melaporkan beberapa siri serbuan ke atas pejabat ahli perniagaan, Datuk Vinod Sekhar.

Serbuan dibuat susulan dakwaan terdapat penglibatan beliau dalam satu kes pengubahan wang haram di negara ini.

Artikel yang disiarkan portal MalaysiaNow itu menyebut - serbuan itu merupakan langkah siasatan awal terhadap kes tersebut, yang ia ditakrifkan sebagai antara kes pengubahan wang haram terbesar selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut artikel itu lagi, mereka difahamkan pegawai-pegawai dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan serbuan ke atas premis Petra Group.

Untuk berita lanjut, sila layari Astro Awani, di sini.