Skip to main content

Hiburan

Teka-Teki Terjawab! Zarif Ghazzi, Dai Fuad & Evertts Gomes Bakal Beraksi Bersama Mierul Aiman Dalam 'Kudrat 1968'

Kudrat 1968

Sekilas

  • Lima pelakon utama drama Astro Shaw, Kudrat 1968, telah diumumkan dalam majlis sidang media termasuk Zarif Ghazzi, Dai Fuad, dan Evertts Gomes.
  • Penerbit eksekutif Raja Jastina Raja Arshad mengumumkan empat episod premium Astro Originals akan ditayangkan sebelum filem Kudrat 1968 di pawagam.
  • Drama Kudrat 1968 boleh ditonton di platform Astro Go dan Sooka, menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan siri ini.
Advertisement

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal membintangi drama terbaharu Astro Shaw, Kudrat 1968 terjawab apabila lima pelakon diumumkan dalam satu majlis sidang media ‘cast reveal’ yang diadakan pada Rabu.

Antara pelakon yang diumumkan majlis tersebut termasuklah Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith.

Advertisement

Pengumuman yang dibuat itu kemudiannya mendapat sorakan gamat daripada peminat yang turut hadir memeriahkan majlis ‘cast reveal’ tersebut.

Lebih menerujakan apabila penerbit eksekutif Kudrat 1968, Raja Jastina Raja Arshad berkongsi peminat siri High Council bakal menikmati empat episod premium menerusi siri Astro Originals sebelum ditayangkan di pawagam.

"Kudrat 1968 adalah sebuah filem tapi sebelum itu anda akan menyaksikan empat episod menerusi siri premium Astro Original sebelum anda menonton filem.

Advertisement

"Ini buat pertama kali di Malaysia untuk bawa anda dekat dengan dunia Kudrat," katanya.

Sebelum ini, rata-rata peminat menyuarakan rasa tidak sabar selepas pelakon, Mierul Aiman diumumkan bakal memegang watak Kuda dalam siri drama tersebut.

Jangan lupa untuk saksikan drama Kudrat 1968 di platform Astro Go dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement